background image

Empayar Anda

type

Jalan menuju ke dominion

Ini bukanlah jalan biasa. Anda memerlukan visi yang sangat tinggi sehinggakan ia menjadi inspirasi seluruh populasi. Bina satu bandar yang rakyat anda akan benar-benar kagumi; santu bandar yang akan mereka pertahankan sehingga hujung nyawa. Adakah anda mendapat pertukaran empayar atau membina sendiri domain yang lengkap? Adakah anda akan mengambil ringan ancaman – atau menyerang dahulu? Laksanakan visi anda dengan ghairah dan pertahankannya dengan nyawa anda. Tiada siapa dapat menghalang anda.

Coming soon

Fikirkan satu skim

Gunakan pilihan-pilihan yang ada dengan bijak. Anda perlu mahir untuk mengetahui bila anda perlu meluaskan domain anda dan bila anda perlu menguatkan infrastruktur anda. Tentera tanpa bekalan akan hilang momentum dengan cepat. Adakah anda akan menjaga kota kara anda dan meninggalkan bahagian utama anda terbuka atau adakah anda akan membiarkan peluang terbuka sahaja? Lebih baik rancangan anda, lebih berkuasa anda.

Asah bakat-bakat anda

Terdapat banyak cara untuk menjadi mahir. Uji akibatnya dengan menjadikan kampung anda sebagai benteng, pusat kebudayaan, kem tentera atau pusat simpanan sumber. Analisis lawan anda dan hasilkan strategi tentera yang sempurna untuk menghancurkan mereka. Latih wira anda untuk membantu di kawasan yang paling memerlukan, sama ada bekalan untuk kampung anda, atau kuasa mentah di medan perang. Strategi tersembunyi berada di mana-mana, menunggu untuk dijumpai.

Jelajah, Luaskan dan Hapuskan

Dunia Travian menawarkan banyak kawasan untuk dijelajahi. Cari oasis sumber, milikinya dan gandakan pengeluaran anda. Sekiranya anda mahukan lebih lagi, anda boleh meminta jiran-jiran anda supaya menyokong domain anda - atau biarkan mereka dibayanginya. Sekiranya anda terjumpa artifak lama yang dijaga dengan rapi, berhati-hatilah. Lagenda mengatakan bahawa sesiapa yang dapat mencurinya dan berjaya mencari jalan untuk menggunakannya, dia akan mendapat kuasa yang menakjubkan.

“Bina dinasti selama seribu tahun!”